Selasa, 12 Februari 2013

MAJLIS MALAM MESRA AHLI-AHLI RT, JIRAN MUDA, JIRAN WANITA, JIRAN USIA EMAS TAMAN LIMAUAN SEMPENA MALAM TAHUN BARU 2013.

Tempat :  Perkarangan Rumah Pengerusi RT, En. Jefferydin Bin Ismail.
Masa    :  10.00 Malam hingga 1.00 Thg. Malam.
Acara   :   1.     Makan Malam Bersama Semua AJK RT. ( BBQ )
                2.     Acara Bertukar Hadiah ( AJK Jiran Wanita )
                3.     Pertandingan Carrom ( AJK Jiran Muda )

Gambar akan dimasuukan kemudian

Sabtu, 6 Oktober 2012

MAJLIS PELANCARAN JOM RONDA SRS "DEKAT DIHATI"

5 Oktober 2012 telah berlangsung Majlis Pelancaran Jom Ronda Bersama SRS "Dekat Dihati". Anjuran Bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Sabah, Polis Diraja Malaysia dan Rukun Tetangga Taman Limauan, Kinarut, Papar.  Ianya telah berlangsung dengan jayanya, lebih kurang 200 orang menghadiri majlis ini yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Hadi Bin Hj.Kasim, Setiausaha Sulit kepada YB. Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Sabah, Pn. Nor Akmalinah Bin Hj. Samsudin, Ketua Balai Polis Kinarut, SM Mohd. Ridhuan Bin Abdulah, Pegawai Perpaduan Dearah Papar, Pn. Dzulzila Kalon dan Pengerusi KRT Taman Limauan Kinarut, En. Jeffredin Bin Ismail. 

Contoh Kad Jemputan untuk penduduk setempat di Taman Perumahan Limauan untuk menjimatkan kos saya guna sistem ini satu keping kertas A4 dapat dicetak 4 keping bermakna 100 keping A4 boleh jadi 400 keping jadinya kan jimat tu.....

Benner ini rekaan benner ini adalah buatan sayasendiriri.






Contoh Buku aturcara yang saya reka sendiri.


Gambar-gambar aktiviti akan dimuat naik kedmudian.

Sabtu, 29 September 2012

RONDAN MALAM KRT TAMAN PERUMAHAN LIMAUAN, SRS (SKIM RONDAAN SUKARELA)

Pada malam Sabtu 28 September 2012 KRT TAMAN PERUMAHAN LIMAUAN / KINARUT SELATAN telah menganjurkan Rondaan Malam atau dikenali sebagai SRS (Skim Rondaan Sukarela).  Rondaan yang setiap minggu diadakan ini adalah bertujuan menghalang dan menggurangkan aktiviti kurang sihat dikalangan penduduk selain menghalang pencerobohan orang luar untuk sama ada melakukan rompakan ataupun melakukan aktiviti tidak sihat dikawasan terbiar yang ada di taman ini. Aktiviti rondaan ini  melibatkan semua penduduk taman yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi untuk mewujudkan keamanan di persekitaran mereka. Menurut pengerusi semua penduduk wajar mempunyai kesedaran ingin tahu dikalangan persekitaran jirannya dengan sentiasa mempunyai hubungan baik dikalangan mereka supaya dapat sama-sama membentuk masyarakat yang muafakat. Dengan adanya persefahaman yang baik dapat mewujudkan persefahaman dalam semu hal termasuklah menghalang aktiviti tidak sihat yang terjadi dikalangan penduduk tempat tinggal mereka. Pengerusi juga sentiasa mengalu-alukan penyertaan mesyarakat lelaki untuk sama-sama turun pada waktu puncak sekitar 12.00 - 3.00 pagi untuk meronda malam. Kepada penduduk yang berminat boleh menghubungi beliau ters melalui talian 0138729272. 'BERSAMA KITA MEMBENTERAS JENAYAH'
  Pakaian lengkap SRS dengan rotan atau dipanggil cotta. Bergaya bendahari kita ni.


 Daftar nama dulu sebelum meronda. Syarat wajib yang patut dipatuhi oleh 
semua orany yang menyertai rondaan malam SRS

 En. Luis Chin memasangkan pembalut lengan RT bagi yang bertugas.

 En. Wahid. Biro Keselamatan  KRT Taman Limauan merekod namanya dalam biku SRS


Isnin, 17 September 2012

KRT TAMAN LIMAUAN BUAT AKTIVITI KEMESYARAKATAN KUNJUNGI PENDUDUK YANG MENGHADAPI MUSIBAH

KUNJUNGAN KEMESYARAKATAN KRT TAMAN LIMAUAN

1.     Lawatan ke rumah pesakit En. Ghani Hj. Insun di Lorong 3, Block C4, Lot 259, Taman Limauan / Kinarut Selatan pada 11 Mac 2012. En. Ghani mengalami sakit mengejut yang menyebabakan beliau kurang penglihatan dan lupa ingatan. 

 En. Ghani Hj. Insun menerima sumbanagan daripada AJK RT Taman Limauan yang disampaiakan oleh En. Jefferydin Ismail, Pengerusi KRT Taman Limauan, Kinaraut Papar.





2.  Lawatan kerumaha penduduk yang mengalamai kemalangan motosyikal di Lorong 3, Block C5, Lot 271 Taman Limauan Kinarut.






3.   Lawatan kepada ke rumah En. Simguat Gedius yang  terlibat kemalangan bersama isteri beliau.




Sabtu, 15 September 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT TAMAN LIMAUAN DI HADIRI OLEH YB DATUK ROSNAH

Alhamdulilah majlis ini berjalan dengan jayanya walaupun Akaun KRT duitnya OOOOOOO...tiada duit tapi syukur atas kerja kerasa dan hubungan baik Pengerusi RT ini dengan UMNO Parlimen Papar aktiviti ini berjaya dijalankan dengan penuh bergaya. Kehadiran YB. Datuk Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia telah turut memeriahkan majlis ini dengan rombongannya. Dengan gaya seorang pemimpin terbilang YB Datuk Rosnah sempat mendendangkan lagu bersama Pengeris KRT ini dan beliau meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penduduk Taman Limauan yang hadir hampir 1 ribu lebih orang. Kehadiran penduduk juga menguatkan semangat AJK KRT Taman Limauan untuk terus berusaha menganjurkan program seumpama dan program pendidikan dimasa akan datang. Saya sebagai setiausaha ingin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada semua AJK atas kometmen yang tinggi  untuk sama mengorbankan wang ringgit sendiri, masa, tenaga dan buah fikiran untuk menjayakan majlis ini. Khususnya kaum ibu yang saya fikir paling melihatkan kesungguhan untuk menyediakan juadah pada Ruamah Terbuka ini.....Terima Kasih daun keladi..... Semoga kerjasama seumpama berkekalan apabila kita menganjurkan aktiviti dimasa akan datang.

Berikut ada kos penganjuran program ini:-

Bantuan untuk meja hidangan ;

Meja Soto                         -   RM  180.00
Meja Laksa                       -   RM  180.00
Meja Air                           -   RM    70.00
Meja Sayur                       -   RM    70.00
Meja Kuih                         -   RM    70.00
Meja Nasi & Nasi Himpit  -   RM   150.00

Benner  2 buah                  -   RM 500.00

SA System                        -   RM 150.00

Khemah                            -   RM  800.00
Kompang                          -   RM    50.00

Sewa Bangku                     -  RM    50.00
Sewa Meja VVIP               -  RM 100.00
Hiasan Kemah VVIP          -  RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN  RM 2470.00


Timbalan Pengerusi KRT Taman Limauan En. Abdul Rashid Buhil, 
berbincang sesuatu bersama ajk semasa persiapan akhir meja hidangan orang ramai.




AJK KRT bersama penduduk bergambar kenangan

AJK Lelaki bergambar di belakang backdrop dan pentas karaoke

AJK wanita bergambar kenanagan

Meja VVIP semasa persiapan akhir

Setiausaha KRT dan Timbalan Pengerusi KRT 
bergambar kenanagan 

Sebahagian AJK wanita berbaris menunggu ketibaan YB. Datuk Rosnah

En. Jefferydin Ismail, Pengerusi KRT Taman Limauan
semasa menyambut ketibaan YB Datuk Rosnah










En. Hadi semasa mendengangkan lagu.

Penduduk dari perbagai bangsa dan lapian umur yang 
menghadiri Majlis Rumah Terbuka tersebut.


AJK En. Arshad (baju biru) & En. Hanafi (baju pink)

 Perhatikan ada liang moi

'Sepoting' YB Datuk Rosnah & En Jefferydin mendengangkan lagu hari raya.