Sabtu, 15 September 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT TAMAN LIMAUAN DI HADIRI OLEH YB DATUK ROSNAH

Alhamdulilah majlis ini berjalan dengan jayanya walaupun Akaun KRT duitnya OOOOOOO...tiada duit tapi syukur atas kerja kerasa dan hubungan baik Pengerusi RT ini dengan UMNO Parlimen Papar aktiviti ini berjaya dijalankan dengan penuh bergaya. Kehadiran YB. Datuk Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia telah turut memeriahkan majlis ini dengan rombongannya. Dengan gaya seorang pemimpin terbilang YB Datuk Rosnah sempat mendendangkan lagu bersama Pengeris KRT ini dan beliau meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penduduk Taman Limauan yang hadir hampir 1 ribu lebih orang. Kehadiran penduduk juga menguatkan semangat AJK KRT Taman Limauan untuk terus berusaha menganjurkan program seumpama dan program pendidikan dimasa akan datang. Saya sebagai setiausaha ingin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada semua AJK atas kometmen yang tinggi  untuk sama mengorbankan wang ringgit sendiri, masa, tenaga dan buah fikiran untuk menjayakan majlis ini. Khususnya kaum ibu yang saya fikir paling melihatkan kesungguhan untuk menyediakan juadah pada Ruamah Terbuka ini.....Terima Kasih daun keladi..... Semoga kerjasama seumpama berkekalan apabila kita menganjurkan aktiviti dimasa akan datang.

Berikut ada kos penganjuran program ini:-

Bantuan untuk meja hidangan ;

Meja Soto                         -   RM  180.00
Meja Laksa                       -   RM  180.00
Meja Air                           -   RM    70.00
Meja Sayur                       -   RM    70.00
Meja Kuih                         -   RM    70.00
Meja Nasi & Nasi Himpit  -   RM   150.00

Benner  2 buah                  -   RM 500.00

SA System                        -   RM 150.00

Khemah                            -   RM  800.00
Kompang                          -   RM    50.00

Sewa Bangku                     -  RM    50.00
Sewa Meja VVIP               -  RM 100.00
Hiasan Kemah VVIP          -  RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN  RM 2470.00


Timbalan Pengerusi KRT Taman Limauan En. Abdul Rashid Buhil, 
berbincang sesuatu bersama ajk semasa persiapan akhir meja hidangan orang ramai.




AJK KRT bersama penduduk bergambar kenangan

AJK Lelaki bergambar di belakang backdrop dan pentas karaoke

AJK wanita bergambar kenanagan

Meja VVIP semasa persiapan akhir

Setiausaha KRT dan Timbalan Pengerusi KRT 
bergambar kenanagan 

Sebahagian AJK wanita berbaris menunggu ketibaan YB. Datuk Rosnah

En. Jefferydin Ismail, Pengerusi KRT Taman Limauan
semasa menyambut ketibaan YB Datuk Rosnah










En. Hadi semasa mendengangkan lagu.

Penduduk dari perbagai bangsa dan lapian umur yang 
menghadiri Majlis Rumah Terbuka tersebut.


AJK En. Arshad (baju biru) & En. Hanafi (baju pink)

 Perhatikan ada liang moi

'Sepoting' YB Datuk Rosnah & En Jefferydin mendengangkan lagu hari raya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan