Sabtu, 29 September 2012

RONDAN MALAM KRT TAMAN PERUMAHAN LIMAUAN, SRS (SKIM RONDAAN SUKARELA)

Pada malam Sabtu 28 September 2012 KRT TAMAN PERUMAHAN LIMAUAN / KINARUT SELATAN telah menganjurkan Rondaan Malam atau dikenali sebagai SRS (Skim Rondaan Sukarela).  Rondaan yang setiap minggu diadakan ini adalah bertujuan menghalang dan menggurangkan aktiviti kurang sihat dikalangan penduduk selain menghalang pencerobohan orang luar untuk sama ada melakukan rompakan ataupun melakukan aktiviti tidak sihat dikawasan terbiar yang ada di taman ini. Aktiviti rondaan ini  melibatkan semua penduduk taman yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi untuk mewujudkan keamanan di persekitaran mereka. Menurut pengerusi semua penduduk wajar mempunyai kesedaran ingin tahu dikalangan persekitaran jirannya dengan sentiasa mempunyai hubungan baik dikalangan mereka supaya dapat sama-sama membentuk masyarakat yang muafakat. Dengan adanya persefahaman yang baik dapat mewujudkan persefahaman dalam semu hal termasuklah menghalang aktiviti tidak sihat yang terjadi dikalangan penduduk tempat tinggal mereka. Pengerusi juga sentiasa mengalu-alukan penyertaan mesyarakat lelaki untuk sama-sama turun pada waktu puncak sekitar 12.00 - 3.00 pagi untuk meronda malam. Kepada penduduk yang berminat boleh menghubungi beliau ters melalui talian 0138729272. 'BERSAMA KITA MEMBENTERAS JENAYAH'
  Pakaian lengkap SRS dengan rotan atau dipanggil cotta. Bergaya bendahari kita ni.


 Daftar nama dulu sebelum meronda. Syarat wajib yang patut dipatuhi oleh 
semua orany yang menyertai rondaan malam SRS

 En. Luis Chin memasangkan pembalut lengan RT bagi yang bertugas.

 En. Wahid. Biro Keselamatan  KRT Taman Limauan merekod namanya dalam biku SRS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan